Rasai Kesejukan di Snow Walk i-City, Shah Alam

Tidak seperti cuti sekolah sebelum ini, pada cuti kali ini (Nov-Dis 2011) kami tidak bercadang untuk berjalan jauh memandangkan saya sedang sarat mengandung. Cukuplah sekadar ke i-City yang terletak di Shah Alam yang mengambil masa 2 jam dari tempat tinggal kami.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada suami yang sudi menunaikan permintaan ibu mengandung 34+ minggu (sayalah tu) dan juga Amir untuk merasai sejukan di Snow Walk i-City (sebenarnya ibu mengandung tidak dibenarkan masuk tapi teringin punya pasal dan kena tanggung risiko sendiri kalau terjadi apa-apa di dalam tu - lantai licin).


Waktu operasi Snow Walk i-City
Isnin - Khamis : 7.00pm - 11.00pm
Jumaat -  Ahad : 7.00pm - 12.00am

Harga tiket masuk ke i-City
6 pagi – 6 petang : RM 1.00 (1 kenderaan)
6 petang – 6 pagi : RM 10 (1 kenderaan)


Harga tiket masuk ke Snow Walk i-City
Dewasa : RM 25
Kanak-kanak : RM 20
Sewa boot : RM 10
Sarung kaki disediakan : Deposit RM 20 (wang dikembalikan)

Antara peralatan yang dijual
Ear Muff : RM 7 – RM 15
Gloves : Dewasa (RM 10 – RM 15), kanak-kanak (RM 7 – RM 10)
Scarf : RM 10 – RM 20
Snow cap : RM 10 – RM 20

Lihatlah 3 keping gambar di bawah yang menunjukkan keseronokan kami semasa berada di sana. Lepas ni takdelah peluang nak berjalan jauh - saya akan berpantang bersalin sehingga bulan Mac 2012.


Post a Comment

6 Comments

  1. Pernah datang 3 kali dekat I-City ni.. tapi dalam bangunan sejuk tu tak pernah masuk sebab byrnnya boleh tahan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. saya teringin nak masuk sebelum bersalin & ada anak kecik. alhamdulillah suami tunaikan permintaan.

    bayaran waktu kami pergi hari tu RM25 utk dewasa & RM20 untuk kanak2. lepas tu ada bayaran lain utk kasut pulak..mmg terasa sejuknya. bila bercakap nampak kabus keluar dari mulut ;)

    ReplyDelete
  3. ushh jelezzz mas..hihihi..mas duk kl pun tak g lagi.hihihi

    ReplyDelete
  4. MaYa : ada masa pergilah ke sana..seronok!

    ReplyDelete
  5. cik laili..bayar tu, pastu bleh duduk lama2 ke kt dalam..ke limited time?

    ReplyDelete
  6. Imaan09 : unlimited time. kalau tahan sejuk boleh duduk lama2. boleh juga meluncur ais dalam tu

    ReplyDelete