Kisah Cikgu Laili Menjelang Tahun 2012

Tahun 2011 bakal berakhir beberapa hari lagi. Sebagai seorang guru, persediaan bagi tahun 2012 telah mula dibuat sebelum sesi persekolahan 2012 bermula. Sila rujuk Takwim/Kalender Persekolahan Tahun 2012.  

Dairi tahun 2012 ini adalah hadiah dari Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan sekolah kami yang diterima semasa jamuan akhir tahun 2011 dan akan digunakan sepanjang tahun 2012 nanti.
 

Hari ini saya telah menghadiri mesyuarat guru di sekolah dan diberi taklimat oleh tuan pengetua tentang perancangan pengurusan dan takwim sekolah kami. Setiap orang guru menerima buku ini sebagai panduan bagi tahun 2012.


Selain itu, guru-guru juga telah diberikan Buku Persediaan Mengajar yang bertemakan warna oren. Ada sedikit pembaharuan yang dibuat di dalam buku ini. Tak sabar pula saya nak mula menulis di dalamnya.


Salah satu benda yang mesti ada di atas meja guru ialah kalender. Saya telahpun menandakan tarikh-tarikh penting seperti tarikh bayaran gaji. Untuk bulan Januari, tarikh gaji pada 16 Januari 2012. Sila rujuk - Jadual Gaji Bulanan 2012 dan Senarai Cuti Umum Tahun 2012.


Akhir sekali, inilah subjek yang bakal saya ajar pada tahun 2012 - Sejarah (tingkatan 4 dan 5) dan Pendidikan Sivik & Kenegaraan (tingkatan 2). Masa mengajar masih sama seperti tahun 2011 iaitu 21 masa.

 
Untuk semua pengunjung blog ciklaili.com yang bergelar GURU, saya ingin mengucapkan :

"Selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi untuk tahun 2012 nanti.."

Post a Comment

0 Comments