17 December 2011

Catatan Untuk Si Kecil : 4 Minggu Saja Lagi

Selongkar entri di blog lama, akhirnya saya terjumpa catatan untuk si kecil : Tinggal 4 Minggu Saja Lagi ni.  Waktu itu saya sedang mengandungkan Amir (36 minggu) dalam bulan puasa tahun 2006 dan sangat suka mendengar lagu dalam filem My Heart - Pencinta Wanita, rupa-rupanya nak dapat anak lelaki :)

 Amir (2 bulan)

Catatan untuk anak ke-2 (yang sudah masuk 36 minggu juga) akan menyusul kemudian - sedang mencari idea untuk menulis :)
Hmm..tinggal 4 minggu saja lagi
Itupun kalau ikut tarikh yang doktor bagilah
Doktor klinik swasta jangkakan 15.10.2006
Doktor klinik kerajaan pula 18.10.2006
Tak kisahlah...
Yang  kutahu waktu tu tengah bulan puasa
Ya..bulan Ramadan tahun ni
Dalam seminggu saja lagi nak raya

Hmm..tinggal 4 minggu saja lagi
Kalau orang lain dah mula 'tidak berapa aktif'
Tak buat dah kerja² berat
Ada yang dah mula ambik cuti pun
Tapi aku, aku lain...
Kandunganku masuk 35 minggu
Aku makin ligat buat kerja
Turun naik tangga pejabat
Turun naik tangga bank

Hmm..tinggal 4 minggu saja lagi
Awal² mengandung dulu sangat suka naik kereta
Walaupun nak ke tempat yang dekat
Tapi sekarang lebih suka jalan kaki
Bila rasa penat, berhenti rehat sekejap
Tarik nafas pelan²..
Kalau dulu rasa segan juga
Iyelah, orang asyik pandang 'perut' ni saja
(err...ke aku je yang perasan?)
Sekarang ni dah tak kisah dah
Tengoklah...selagi 'perut' ni masih ada

Hmm..tinggal 4 minggu saja lagi
Persiapan untuk menyambut si kecil sudah siap semuanya

Rasa takut, seram, cemas semuanya kurasa
Ramai kawan² yang dah cerita pengalaman mereka bersalin
Macam² pengalaman..
Insya ALLAH, pengalaman 'korang' akanku gunakan nanti
Doakan semogaku selamat hendaknya. Amin...

Hmm..tinggal 4 minggu saja lagi
Mungkin blog ini akan jarang di'update'
Faham² sajalah keadaanku
Entah esok, lusa, tulat atau minggu depan akan bersalin
Siapa tahu kan?

Pesanan dari seorang blogger
"Teruslah menulis. Masih ada yang ingin membaca"
InsyaALLAH, aku akan terus menulis
Ye..terus menulis selagi termampu

* Nota kaki : Muhammad Amir Fitri selamat dilahirkan secara normal pada 27 Oktober 2006/hari raya ke-4 jam 12.20 pagi - selang banyak hari dari tarikh jangkaan.

5 comments:

  1. tak lama dah tu..any time. gudluck dear!

    ReplyDelete
  2. saya juga minat lagu yang sama masa mengandungkan amar!hehehe..amar dan amir macam kembar pulak..beza pun seminggu lebih je!

    selamat melahirkan cahayamata kedua laili!pengalaman mungkin berbeza tapi segalanya indah!

    ReplyDelete
  3. Elih : semua baby mesti comel, kan?

    kak Sue : ye..mmg dah tak lama pun.

    Izah : ye ke? tak sangkalah pulak kita suka lagu yg sama. masa mengandungkan Amir mmg tak nampak jantinanya pun sampailah minggu ke-40.

    ReplyDelete