04 November 2011

Korban Kereta

Ini kali pertama saya terlibat dalam kemalangan kereta yang mana kereta sayalah yang menjadi korban. Tak dapat nak gambarkan perasan saya waktu dirempuh secara tiba-tiba oleh sebuah motorsikal yang dibawa pelajar sekolah tingkatan 4 (bukan pelajar sekolah saya). Bayangkanlah rempuhan tersebut betul-betul melanggar pintu pemandu (saya sedang duduk di dalam kereta waktu itu). Alhamdulillah, saya dan pelajar tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Memang diakui pelajar tersebut membawa motorsikal agak laju. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya bukanlah ucapan maaf tetapi.."motor saya memang takde break..". Masya Allah...kalaulah dia tidak berhati-hati selepas ini, mungkin akan berlaku kemalangan lagi gara-gara tiada break!

 Pintu kereta saya yang dilanggar. Nampak tak kesan tayar motorsikal tu?

Mungkin ini ujian untuk saya sempena hari raya korban yang akan disambut pada hari Ahad nanti. Saya redha dengan ujian ini. Yang penting Allah masih melindungi saya dan bayi dalam kandungan ketika kejadian itu berlaku. Syukur pada-Mu Ya Allah..

* Salam aidil adha buat semua pengunjung blog ciklaili.com. Hati-hati di jalanraya :)

3 comments:

  1. Salam.
    Alhamdulillah...nasib baik tak jadi ape2 ye. 2 minggu lepas kereta Kak Reen dlanggar Bas Kilang. Nasib baik tak ape2. Side mirror sebelah kiri yang patah n pintu sebelah kiri tercalar sikit. Segalanye blaku terlalu pantas. Bas kilang tu cuba mengelak kereta yang parking kat tepi jalan. Tanpa melehat side mirror di sebelah kanan dan memberi signal dia terus je pancung kereta Kak Reen. Kak Reen tak sangka bas tersebut yang pada mulanya bergerak perlahan tiba2 terus memecut laju. Apapun syukur dan redha dengan ketentuan Illahi.

    ReplyDelete
  2. habis pe terjadi kak?
    salam aidil adha
    moga2 akak n baby sentiasa selamat.amin

    ReplyDelete
  3. Kak Reen : ujian dari Allah tak siapa yg tahu. Syukur alhamdulillah kak Reen takde apa2 ye..

    MaYa : saya tak ambil pun no tel ibu bapa pelajar tu. takpelah..yg penting kami sama2 selamat. kereta yg dilanggar tu nak kena baikilah.

    ReplyDelete