21 November 2011

Keputusan Rasmi Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-24


Malam tadi berlangsungnya Festival Filem Malaysia (FFM) kali ke-24 yang bertemakan 'Filem Malaysia Ke Persada Dunia' di PICC, Putrajaya yang menyaksikan beberapa filem terbaik berentap untuk mendapatkan anugerah masing-masing. 

Gabungan pengacara Johan dan Fauziah Dato' Ahmad Daud harus dipuji kerana masing-masing sememangnya berbakat dalam bidang pengacaraan. Agak menghiburkan hati juga apabila Johan berjaya meniru suara beberapa orang yang terkemuka dalam industri seni tanah air seperti Dato' Yusof Haslam, Jamal Abdillah dan lain-lain lagi.

Berikut adalah keputusan rasmi Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-24 :
 
Box Office : KL Gangster
Khas Juri Yang Pertama : Sidik Hussien
Khas Juri Yang Kedua : Filem Libas
Khas Juri Yang Ketiga : Allahyarham Zami Ismail
Skor Muzik Asal Terbaik : Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
Pereka Kostum Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa
Penyunting Terbaik : KL Gangster (Syamsul Yusof & Hisham Jupri)
Penataan Bunyi Terbaik : KL Gangster (Hisham Jupri & Rizal Ashreff)
Cerita Asal Terbaik : Filem Libas
Lakon Layar Terbaik : KL Gangster
Sinematografi Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa
Penataan Seni Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Faezah Elai (Filem Cun)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Shofi Jikan (Filem KL Gangster)
Pencapaian Gemilang : Michelle Yeoh
Pelakon Wanita Terbaik : Shahriza (Eja) (Filem Janin)
Pelakon Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam (Filem Kongsi)
Pencapaian Sepanjang Hayat  : Tan Sri Jins Shamsuddin
Pengarah Terbaik : Syamsul Yusof (KL Gangster)
Filem Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa

 Untuk mengetahui senarai pemenang yang lain, sila rujuk sini.

3 comments:

  1. Hikayat merong mahawangsa juga yg terbaik ye...tak sia-sia usaha KRU production tu..tahniah! utk semua..

    ReplyDelete
  2. ooo faezah elai pun menang..rezeki lepas kawin kut..allhamdullilah.hoyeh2 shofi menang.wahh eja makin masyukk..tan sri jins shamsuddin memang layak.pengarah & filem pun memang layak.

    ReplyDelete
  3. Elih : HMM mmg best. mmg layaklah utk menang

    MaYa : tahniah utk mereka yg menang..

    ReplyDelete