Istana Negara Berpindah Ke Jalan Duta 15 November 2011

Jika anda menonton TV3 malam ini, Buletin Utama telah memaparkan berita bahawa Istana Negara akan berpindah ke Jalan Duta mulai esok - 15 November 2011. Raptai isitiadat penurunan bendera Seri Paduka Baginda YDPA telah diadakan pada hari ini.


Istana negara merupakan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana ini terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed Putra, suatu kawasan seluas 28 ekar atau 11.34 hektar di tepi bukit Petaling di Kuala Lumpur yang menghadap Sungai Klang.

Sedikit maklumat tentang Istana Negara :


Istana Negara pada asalnya merupakan sebuah banglo yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari China, iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai ia dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957.

Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan ketua negara Malaysia yang pertama mendiami Istana Negara iaitu bangunan putih yang mempunyai dua kubah emas beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan.

Istana tersebut kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale sementara pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor tempatan yang mengambil masa empat bulan dan tidak mempengaruhi struktur utama bangunan. Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik daripada 13 buah kepada 20 buah, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan santapan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Lepas ni Istana ni nak dijadikan ape ye kak?

    ReplyDelete
  2. Ainul : tak pastilah..kena tunggu pengumuman rasmi dari kerajaanlah..

    ReplyDelete