20 November 2011

Berita Gembira Buat Guru : Projek Guru Bertugas 9 Jam Sehari Tidak Diteruskan

Beberapa minggu yang lepas isu tentang guru bakal bertugas selama 9 jam sehari telah saya kongsikan di laman facebook untuk bertanya pendapat rakan-rakan guru yang lain. Macam-macam pendapat yang diberikan oleh rakan-rakan saya di facebook termasuk mereka yang mempunyai ibu, bapa, suami atau isteri seorang guru ;)


Entri ini mungkin bakal mengukir senyuman di wajah anda yang bergelar 'guru' kerana projek rintis tersebut tidak akan diteruskan. Sila baca petikan berita di bawah ini :

Projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor tidak akan diteruskan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kerajaan menilai dan meneliti terlebih dahulu hasil laporan kajian daripada projek yang dimulakan di Melaka.

“Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan disebaliknya. Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru. Sebab itu, saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan,” katanya kepada pemberita.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari diteruskan kerana menurut mereka ia amat membebankan kerja guru.

Beliau berkata tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran.

“Profesion perguruan ini ada keistimewaan…berlainan sedikit dengan perkhidmatan awam yang lain kerana dia guru, dia mengajar, dia mendidik dan membimbing dan masa sepenuhnya ditumpukan di bilik darjah, di luar darjah dan kawasan rumah kampung pun guru berperanan,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata rakyat dan juga guru tidak perlu risau kerana kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak terutama daripada kewajaran untuk meneruskan projek itu. – BERNAMA

Sumber : myneswhub

Sesi persekolahan 2012 akan dibuka semula pada 4 Januari 2012 (Rabu). Dapatkan takwim / kalender persekolahan 2012 di sini.

Cikgu Laili : "Selamat bercuti kepada semua guru &  pelajar di seluruh Malaysia..." 

5 comments:

  1. Ramai nak jadi cikgu sbb banyak keistimewaan, bakal bini pun cikgu juga..

    Baguslah kalau tak jadi hehe..

    ReplyDelete
  2. guru kat perlis rasanya 8 jam hu3..sebab time skolah menengah dulu klas start pkl 8 sampai pkl 3... perlis takde dua sesi ekekekee...


    sambil tu jemput join contest gambar menarik 2011:
    |Contest Gambar Menarik 2011|

    ReplyDelete
  3. ohh lega...tp sekolah saya x tpilih sbb murid terlalu ramai n kekurangan kelas. Nak buat kelas tambahan pun kena buat hari Sabtu.

    ReplyDelete
  4. Hi Laili, First time dtg sini. Liza kan, jadi tak jadi 9 jam, sek Liza memang balik 4.30 pm compulsory.. So, kami cam lali je dgn isu ni.

    ReplyDelete
  5. Elih : wah! bakal isteri pun guru juga ye?

    Areliff : ikut negeri masing2..

    teratai : mungkin itu yg jadi halangan. apa2pun syukurlah sebab tidak terpilih, kan?

    Liza : terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini. di sekolah saya 7.30pg - 2.45 ptg. tapi hari2 saya blk pkl 5. rasa dah biasa je

    ReplyDelete