eSPLG : Sistem Pengurusan Latihan Guru

Sebelum ini, kad pelaporan latihan (kad biru) digunakan bagi mencatatkan segala butiran kursus/latihan yang telah dihadiri oleh guru, tetapi kini penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Guru/SPLG telah mula digunapakai. Untuk makluman, projek rintis eSPLG telah dimulakan di 3 buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan pelaksanaan penggunaan SPLG telah diperluas ke semua negeri dan bahagian melalui surat siaran bertarikh 10 Julai 2012 (click sini). 

26/10/2013 : Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Dalam SPLG / SPL KPM

Pengenalan eSPLG

Sistem SPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru dibangunkan bagi merekod kursus yang dihadiri oleh guru dan kakitangan pendidikan. Menerusi aplikasi ini diharapkan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan efisien. 
Terdapat 2 bahagian penting di dalam eSPLG :

   
1. Modul Kumpulan
 
Diuruskan oleh Setiausaha/Penyelaras LDP sekolah bagi memasukkan semua kursus/latihan yang telah dijalankan.


Setiap sekolah telah diminta untuk menghantar SULDP atau wakil bagi menghadiri taklimat e-SPLG di PPD masing-masing. Saya beranggapan SULDP telah faham dan mengetahui bagaimana cara mendaftarkan kursus menggunakan modul kumpulan. Click link di bawah bagi mengetahui :

Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran LDP Luar (KKL) Melalui Login SULDP

2. Modul Individu

Semua Guru dan Staf yang telah didaftarkan boleh mengakses modul tersebut bagi tujuan Daftar 'Book Review' dan Kehadiran Kursus Luar (KKL) - selain kursus yang dianjurkan oleh LDP di sekolah. Click link di bawah bagi mengetahui : 

Cara Memasukkan Maklumat Kehadiran LDP Luar (KKL) dan Aktiviti PPB Melalui Login Individu. 

* Dikemaskini  pada Januari 2016.

Post a Comment

12 Comments

  1. masalah saya adalah nak login pon xdapat ni cikgu...asyik kuar k/p dan password xsah. mcmn ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yang terpapar di laman web SPLG :

      Dimaklumkan pengemaskinian kursus menerusi modul individu Tahun 2014 hanya akan dibuka pada 1 Februari 2014. manakala pengemaskinian menerusi modul SULDP tahun 2014 telah diaktifkan.

      Laporan bilangan hadir kursus bagi tahun 2013 akan dijana pada 30 Januari 2014

      Delete
    2. saya pun menaglamai msalah yang sama..asyik id n pssword x diterima..bila atnya su splg di sek ..dia kata x tau..dh la sy hadiri byk kursus pada thun 2012 n 2013...

      Delete
  2. assalamualaikum...saya baru jer dilantik jadi su ladap...tapi saya takde pegi kursus atau dpt apa2 pendedahan...zero...lepas tu sy cek kursus yg sy hadiri ada satu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. tahniah. jangan risau..anda boleh dapatkan maklumat di internet. tentang kursus, sebagai SU anda boleh berbincang dengan pihak pentadbir untuk melaksanakan kursus dalaman di sekolah.

      selamat menjalankan tugas :)

      Delete
  3. masalah saya sistem asyik pusing jerrrrrrrrrk

    ReplyDelete
  4. sasya pun hadapi prob yang sama..asyik id n pssword x diterima..apabila hubungi su slpg d sek dia kata..dia pun x tau...bengang betul..dh la sy hadiri byk kurus pada thun 2012 n 2013

    ReplyDelete
  5. salam,
    saya pun sama kes...baru dilantik jadi SULDP sekolah tanpa pernah pergi kursus...so memang blur....!! jadi nak tanya...
    1. adakah saya bertanggungjawab mengisi KKL staf sekolah yang telah pergi berkursus di dalam modul berkelompok/ modul individu ataupun staf itu sendiri yang isi?.
    2. adakah saya yang merancang mengadakan kursus yang mahu dibuat secasa school based atau saya hanya mengisi kursus yang telah dilaksanakan sahaja dalam modul berkelompok tu?
    sekian, terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      tahniah kerana telah dilantik menjadi SULDP.

      1. sebelum ini kursus luar yang dihadiri oleh guru hendaklah diisi sendiri oleh guru tersebut. akan tetapi jika kursus itu dianjur oleh pihak luar, pihak penganjur akan mengisi kehadiran para peserta.

      untuk mengelakkan rekod kehadiran anda tidak direkodkan oleh penganjur, anda boleh mengisi kehadiran anda di dalam kad biru & ditandatangani oleh penganjur sebagai bukti kehadiran. jika perlu, anda boleh mengisi sendiri melalui login individu.

      boleh rujuk entri ini - http://www.ciklaili.com/2011/11/esplg-cara-memasukkan-maklumat.html

      2. sebagai SULDP, tuan/puan bolehlah berbincang dengan pentadbir untuk menetapkan kursus yang diadakan di sekolah anda.kursus berkelompok secara school based hendaklah diisi oleh SULDP.

      boleh rujuk entri ini - http://www.ciklaili.com/2011/10/esplg-cara-memasukkan-maklumat_28.html

      Delete
    2. maklumat tambahan :

      Hanya Kursus-kursus yang dianjurkan oleh Pihak Swasta dan Luar Organisasi KPM sahaja yang boleh dimasukkan menerusi modul SPLG ini.
      Sila hubungi pihak penganjur sekiranya masih tidak mendaftarkan kehadiran kursus secara berkumpulan.

      Delete
  6. sejak ada Espl ni senang..takyah tulis manual bagai..semua ada situ..ni nak collect la..pastu hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. memudahkan untuk simpanan rekod kursus yg dihadiri

      Delete