28 September 2011

Contoh Cara Kiraan Ujrah 1% PTPTN

Memandangkan tinggal 2 hari saja lagi tarikh tutup untuk mengemaskini maklumat PTPTN iaitu pada 30 September 2011, saya terpanggil untuk berkongsi contoh cara kiraan Ujrah 1% PTPTN dengan anda semua. 


Sejak saya menulis entri tentang Ujrah 1% PTPTN di dalam blog ini, ramai yang bertanya dan memberikan pendapat masing-masing. Ada yang masih ragu-ragu sama ada memilih pembiayaan Ujrah ini atau tidak. Tak kurang juga pendapat yang mengatakan pembiayaan ini 'ada udang di sebalik batu'.

Cara kiraan Ujrah 1% PTPTN ini adalah pengiraan yang dibuat oleh Radziah Radzi pada 8 Februari, 2011 melalui facebook beliau.

--------------------------------------------------------------------------------------

Di sini saya akan ambil contoh dari akaun saya sendiri, sebab susah nak explain kalo guna amount lain2. Nanti korang replace la dengan amaun korang.

Ujrah Dikira bermula BAKI PADA 1 JUN 2008

Baki 1 Jun 2008 : RM 12493.23

Ujrah (kadar upah) 1% untuk setahun: 1% x 12493.23 = rm 124.93
Kadar Ujrah sebulan: RM 124.93 / 12 bulan = RM 10.41

JADI UJRAH SAYA SEBULAN IALAH RM 10.41

BERMULA JUN 2008 SEHINGGA JANUARI 2011 (konon2 kita bayar sekarang la eh):

        TAHUN 2008 = 7 BULAN (JUN-DIS)
        TAHUN 2009 = 12 BULAN
        TAHUN 2010 = 12 BULAN
        TAHUN 2011 = 1 BULAN (JANUARI SAHAJA)
        JUMLAH BULAN = 32 BULAN

MAKA JUMLAH UJRAH SAYA = RM10.41 X 32 BULAN = RM 333.12

DI TAMBAH PULA DENGAN HUTANG SAYA PADA JUN 2008 = RM 12493.23 + 333.12 = RM 12826.35

NAMUN, SEPANJANG JUN 2008 SEHINGGA JAN 2011 SAYA TELAH MEMBAYAR SEBANYAK (sila rujuk gambar) :

2008 = RM 2608
2009 = RM 1555
2010 = RM 4000
2011 = TIADA
Jumlah = RM 8163



MAKA JUMLAH LUMPSUM YANG SAYA AKAN BAYAR SEBELUM HABIS FEB 2011 = RM 12826.35 - RM 8163.00 = RM 4663.35

SILA RUJUK GAMBAR PENYATA 2011 IAITU BAKI SAYA TANPA UJRAH : RM 4973.46

MAKA BEZA JIKA SAYA BUAT UJRAH DAN TAK BUAT UJRAH = RM 4973.46 - RM 4663.35 = RM 310.11 SAHAJA

Sila ambil perhatian, ini adalah jumlah jika saya akan bayar lumpsum sebelum Febuari 2011 ini berakhir. Jika saya menangguhkan lagi pembayaran, saya akan dikenakan Ujrah RM10.41 sebulan, maknanya :

jika saya bayar Mac 2011 = RM 4663.35 + 10.41
jika saya bayar April 2011 = = RM 4663.35 + 10.41 + 10.41 
jika saya bayar Mei  2011 = = RM 4663.35 + 10.41 + 10.41 + 10.41
.
.
.
.
. dan seterusnya

Beza kadar ujrah dengan kadar yg lama (3% kos perkhidmatan) ialah kadar lama, interestnya menaik jika tidak membayar tapi kadar ujrah adalah tetap, dalam kes saya RM 10.41 sebulan.

SILA BEAR IN MIND BAHAWA, UPON KITA HANTAR KONTRAK BARU UJRAH, MASA PEMPROSESAN TIDAK SERTA MERTA, MAKA MUNGKIN PENYATA ANDA AKAN DISELARAS, BULAN DEPAN (MAC) ATAU DEPAN (APRIL) ATAU DEPAN (MEI) ATAU TAHUN DEPAN (JAN 2012)..sambil tu RM10.41 pun dikenakan tiap2 bulan. HARAP MAKLUM YE.

Beberapa kesimpulan yang saya boleh buat di sini :

1. Jika anda boleh bayar lumpsum abis, bayar abis dan tak perlu hantar borang ujrah sebab mamat tu ckp, kalo kita bayar lumpsum mmg dia akan selaras ikut ujrah dan bakinya akan dibagi kemudian. Bila tu tak tahulah.

2. Jika anda terbeban dengan hutang berlambak sebab tak bayar2 dari grad dulu, ujrah ini akan membantu anda supaya tidak terbeban oleh interest yg kian meningkat.

3. Jika anda ada duit nak bayar banyak2 sekali, contoh : setahun RM5000, cara bayaran lama lebih menguntungkan dari ujrah sebab interest turun bila baki turun, sedangkan kalo ujrah, KAU BAYAR BANYAK KE BAYAR SIKIT KE INTEREST KAU TETAP SAMA SETIAP BULAN.

Sekian, harap buat decision yang matang.

8 comments:

  1. info yang sangat menarik. thanx for sharing. ((;

    ReplyDelete
  2. nice info..x isi agi ujrah ni..skim ni kena wat potongan gaji kan..

    ReplyDelete
  3. aibat : boleh buat pilihan sam ada nak bayar melalui potongan gaji atau bayaran sendiri.

    AdaNaz87 : sama-sama :)

    ReplyDelete
  4. tq banyak2,,info sgt bguna pd sy tcari2 dari dulu lgi cmana kiraann ptptpu ni huhu

    ReplyDelete
  5. salam, nk share kt fb yer.. sgt berguna... thanks

    ReplyDelete
  6. silakan untuk kongsi entri ini dgn kawan2 di facebook anda. click aje button shara di bhgn atas kanan entri ini

    ReplyDelete
  7. soalan: saya ada buat penjaman ptptn masa diploma sebanyak rm16,000..dan sekarang sedang sambung ijazah sarjana muda, buat lagi permohonan ptptn. adakah saya perlu isi borang penangguhan bayaran balik ptptn (diploma) atau automatik update dalam sistem? kelmarin saya semak baki penyata ptptn, saya dicas ujrah sebanyak rm13.33/bulan sehingga julai 2014 ni utk pinjaman diploma dulu.

    ReplyDelete
  8. Thanks akak..tgh pkir nk byr lumpsum or tukar sistem ujrah..hehe..

    ReplyDelete