18 August 2011

Kain Rentang Sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-54

Sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-54 yang bakal disambut pada 31 Ogos nanti (hari raya ke-2), pihak panitia Sejarah dan Kelab Rukun Negara dengan kerjasama Pusat Sumber Al-Farabi, Kelab Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Bahasa Melayu di sekolah saya telah mengadakan program sempena bulan kemerdekaan.

Banyak aktiviti yang diadakan termasuklah aktiviti menandatangani dan menulis ucapan pada kain rentang. Kain tersebut akan ditandatangani oleh semua warga sekolah termasuk pengetua, guru penolong kanan, ketua bidang, guru-guru dan semua pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Hari ini, giliran guru-guru perempuan menandatangani kain rentang tersebut. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menulis ucapan pada kain rentang. Jom lihat gambar-gambar yang sempat diambil (harap maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan kerana saya menggunakan kamera handphone).

Tandatangan dan ucapan yang ditulis oleh guru-guru perempuan
Kain rentang yang hampir penuh dengan tandatangan dan ucapan
Cikgu Laili tak cukup ruang untuk tandatangan
Sempat lagi nak promote blog sendiri :)

0 Comment:

Post a Comment