15 August 2011

Bonus Raya/Duit Raya Kakitangan Awam

Berita gembira pada tarikh 9 Ogos 2011 sudah pasti dinanti-nantikan apabila pihak kerajaan mengumumkan sebanyak 1.27 juta kakitangan awam bakal menerima duit raya/bonus raya iaitu setengah bulan gaji yang dibayar pada pertengahan bulan ini, iaitu pada 15 Ogos 2011 (Isnin). Bagi pesara pula, bonus raya sebanyak RM500 pula akan diterima pada 19 Ogos 2011 (Jumaat).


Kronologi 15 Ogos 2011

Pukul 1 pagi : saya menyemak e-Penyata Gaji untuk melihat sama ada duit raya tersebut sudah masuk atau tidak ke dalam akaun gaji saya. Malangnya tiada apa-apa rekod yang tercatat di sana :(

 
Pukul 5.00 pagi (bersahur) : rasa tergerak hati untuk membuat semakan melalui perbankan internet. Wah! Bonus raya/duit raya sudah masuk!

“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam”
 Petikan dari Berita Harian Online

Maklumat dari seorang kawan :

"Mereka yang mencarum dengan KWSP, bonus raya yang diterima sudah siap-siap dipotong untuk caruman KWSP"

16 Ogos 2011

Saya telah menyemak e-Penyata Gaji dan slip gaji bagi bonus raya sudahpun ada. Memang benarlah, bonus yang diterima telah siap-siap dipotong melalui potongan KWSP (saya belum bertukar ke skim pencen).


* Kakitangan awam tentu tersenyum lebar sepanjang hari ini :)

8 comments:

  1. sy belom lg.... kerajaan pusat je kot... hehehe.. (",)

    ReplyDelete
  2. Defarano : kerja bawah kerajaan negeri ke? takpe..nnt dapatlah tu :)

    ReplyDelete
  3. betul tuh....kena potong pun kena potong lah...nak wat mcm ner.

    ReplyDelete
  4. yuyu : tahniah..dah boleh plan utk simpan @ belanja duit bonus tu.

    puteri eima : untuk pesara akan dapat bonus 19/8/2011

    hafizal : setuju..walau dah dipotong pun masih ada juga bahagian kita, kan?

    ReplyDelete
  5. ciklaili~

    badan berkanun je....
    hehehe kawan2 ramai da dapat arini, tp yg maybank sesi petang...tak tau da masuk ke blom....

    ReplyDelete
  6. Defarhano : harap2 dah dptlah tu :)

    ReplyDelete