23 August 2011

Amir dan Kawan-Kawan : Zikr, Amar dan Issa

Rasa gembira bila melihat hubungan persabahatan saya dengan kawan-kawan sekolah kini disambung dengan hubungan persabahatan oleh anak saya pula, Amir. Mudah-mudahan hubungan ini akan diteruskan oleh generasi seterusnya.

Bermula dari majlis kenduri di rumah Izah pada tahun 2009, anak-anak kami dapat berjumpa dan berkumpul bertiga untuk pertama kalinya : Zikr (anak Yan), Amar (anak Izah) dan Amir (anak saya). Yang paling menarik, mereka juga lahir pada tahun yang sama (tahun 2006) cuma berbeza bulan kelahiran sahaja.

Dari kiri : Amar, Zikr dan Amir
Majlis berbuka puasa bersama Batch 5 SMKASL pula telah menemukan saya dengan kawan lama, Suriana (kawan sejak sekolah rendah hingga ke sekolah menengah). Rupanya, Issa (anak Suriana) sebaya Zikr, Amar dan Amir juga.

Dari kiri : Issa dan Amir

Ada seorang lagi anak kawan yang sebaya dengan Amir. Malangnya, Amir belum pernah berjumpa dengannya : Afifah (anak Azhar).

Inilah dia si cantik manis : Afifah

Senarai anak kawan-kawan yang sebaya dengan Amir :

Zikril Hayat : 22 Jun 2006
Megat Issa Sufi : 15 Oktober 2006
Muhammad Amir Fitri : 27 Oktober 2006
Nur Afifah : 31 Oktober 2006
Muhammad Amar : 6 November 2006

Nampaknya tahun 2013 nanti sama-samalah mereka melangkah ke darjah 1 :)

0 Comment:

Post a Comment