Acara Peringkat Akhir Sukan Sekolah 2011

Sepanjang minggu lepas sekolah saya agak sibuk dengan persiapan hari sukan bermula dari petang hari Selasa dan Rabu untuk acara saringan dan petang Khamis dan hari Sabtu pula merupakan kemuncak acara sukan. Selain acara olahraga, terdapat 3 acara lain yang dipertandingkan iaitu lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru.

Terdapat 4 firqah (rumah sukan) di sekolah kami bersempena nama 4 orang Khulafa Ar-Rasyidin iaitu firqah Abu Bakar (merah), firqah Umar (kuning), firqah Osman (hijau) dan firqah Ali (biru). Anda boleh baca entri Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2011 untuk melihat pertandingan antara firqah bagi tahun ini.

Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar semasa pertandingan peringkat akhir yang diadakan di padang sekolah pada petang hari Khamis :

 Acara lompat jauh
 

 Acara lontar peluru

Acara lompat tinggi
 


Post a Comment

2 Comments