03 May 2011

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2011

* Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012

Pelajar-pelajar SPM 2010 yang telah membuat permohonan ke Tingkatan Enam Bawah bolehlah menyemak status permohonan anda mulai 2 Mei 2011 di laman web KPM.


 Semakan boleh dibuat melalui 2 cara :

1. Online


Click ke laman ini dan masukkan No. K/P anda.

 2. SMS

Taip MOE<jarak>T6<jarak>[No_KP] dan hantarkan kepada 15888 
Contoh : MOE T6 760704085973

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370 atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.


Maklumat lain :

RAYUAN KE TINGKATAN 6
 
Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.

PERTUKARAN JURUSAN

Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan. Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

PERTUKARAN SEKOLAH

a. Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

b. Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.



0 Comment:

Post a Comment