06 May 2011

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Sesi 2011/2012 | UPU Online

* Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Sesi 2012/2013 | UPU Online

Makluman untuk semua lepasan SPM 2010 yang telah mengisi Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Sesi 2011/2012, semakan keputusan permohonan tersebut boleh dilakukan pada hari ini, 6 Mei 2011 mulai jam 12 tengahari.


Semakan permohonan boleh dibuat melalui beberapa cara di bawah :

a. Melalui laman web (click pada link atau gambar)



b. SMS

Taip UPU <jarak> RESULT <jarak> [No. K/P] dan hantar ke 15888
Contoh : UPU RESULT 930704085973

c. Melalui talian

Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802

Maklumat lain :

1. Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh 7 hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.

2. Calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan, melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

3. Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.

4. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan dianggap gagal .

1 comment:

  1. Hiya! I simply wish to give a huge thumbs up for the nice information you have right here
    on this post. I can be coming again to your blog for extra soon.


    Feel free to surf to my weblog ... top ten tourist attractions seoul

    ReplyDelete