03 May 2011

Segmen : Penulis Senja Cari Blog Blue And Pink

Masa blogwalking tadi saya singgah ke blog seorang blogger, Penulis Senja (PS)  yang menganjurkan satu segmen yang diberi nama Segmen : Penulis Senja Cari Blog Blue and Pink. Mula-mula baca entri blog itu, saya dah senyum seorang diri sebab blog saya baru saja mengalami perubahan besar (dari blog warna biru ke warna merah jambu). Jadi sangat sesuailah untuk join segmen PS ini :)


Oklah, saya mulakan segmen ini dengan menceritakan kenapa saya memilih tema warna merah jambu untuk blog ini. Sebenarnya saya dah beritahu dalam entri perubahan besar di blog Laili.

3. Warna
Jika sebelum ini saya gemar menggunakan warna biru, kali ini saya gunakan warna merah jambu - sangat sesuai untuk kebanyakan blogger perempuan.

Mungkin juga persepsi orang ramai mengatakan bahawa warna merah jambu nampak lembut dan sudah tentulah penulis blog yang menggunakan warna ini pun lemah lembut  sopan santun, ayu dll. Hehe! 

Sedikit komen untuk tuan punya blog (setelah review blog PS dalam masa setengah jam) :

"Keseluruhannya sangat baik. Saya suka warna tema blog (biru), isi kandungan blog kemas dan tersusun. Walaupun baru dalam dunia blog (tahun 2010) tapi peminat/follower dah mencecah hingga 1520. Dah tentulah blog ini ada aura tersendiri. Moga blog PS akan terus maju jaya di masa akan datang, insya Allah.."

Rasanya saya dah memenuhi syarat yang dikemukan oleh PS. Fuhh! nasib baik sempat juga join segmen ni :)

** Baru jadi follower ke 1520 blog PS dan entri ini dihantar sejam sebelum waktu segmen ini ditutup (Selasa 3 Mei 2011 pukul 08:00 malam)

5 comments:

  1. thnks .. jap agi saye wat entri .. dan blog awak saye review ..

    sila masokkan saye dalam bloglist .. sebab nnti bole senang nak terjah

    wassalam
    penulis senja

    ReplyDelete
  2. waN Mohd Salim : terima kasih byk2.

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH atas perubahan @ transformasi yang telah dilakukan

    ReplyDelete
  4. Shahrul : terima kasih :)

    Sal : terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.

    ReplyDelete