ReUnion Bersama Pelajar 5 Firdaus 2010 Di Pantai BNO

Minggu lepas, saya berbalas SMS dengan bekas pelajar 5 Firdaus (Hazmi) berbincang tentang reUnion yang bakal diadakan pada hari Sabtu (15 Mei 2011). Untuk pengetahuan semua, saya merupakan guru kelas 5 Firdaus bagi tahun 2010. Untuk melihat gambar pelajar 5 Firdaus, sila click entri sesi fotografi bersama 5 Firdaus.

Alhamdulillah, perancangan untuk reUnion yang diatur oleh pelajar berjaya dilaksana pada hari Sabtu (15 Mei 2011) bertempat di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO). Seramai 21 orang pelajar turut serta dalam reUnion ini. Hanya 3 orang pelajar yang tidak dapat bersama atas sebab-sebab tertentu. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil oleh pelajar menggunakan DSLR milik saya semasa hari kejadian. 

Lokasi kejadian - tepi pantai BNO
Makanan
Kek pun ada
Jagung bakar - tanpa marjerin
Junior Photographer - Izwan

    Untuk melihat gambar-gambar lain, sila click ReUnion 5 Firdaus 2010.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan :
"Selamat maju jaya kepada anak-anak cikgu, pelajar 5 Firdaus yang bakal menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. Cikgu akan sentiasa doakan kejayaan kalian. Jadilah 'seseorang' yang berguna di masa akan datang dan hadiahkanlah kedua ibu bapa dengan kejayaan yang cemerlang. Ada rezeki nanti kita akan jumpa lagi 5 - 10 tahun dari sekarang, Insya Allah.."

Post a Comment

0 Comments