06 April 2011

,

Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam 2011

Bermula hari ini sehingga hari Selasa depan, saya bersama beberapa orang guru akan bertugas sebagai urusetia dan dibantu oleh beberapa orang pelajar bagi kejohanan bola sepak yang diadakan di padang balai polis Sungai Besar. Selain padang balai polis, terdapat 2 lagi tempat perlawanan iaitu di padang JKR Sungai Besar dan padang sekolah kami sendiri.

Bagi tahun 2011, sekolah kami sekali lagi dilantik sebagai tuan rumah bagi kejohanan ini seperti tahun lepas. Seperti biasa, saya sempat juga mengambil beberapa keping gambar untuk dikongsi dengan anda semua.

Guru-guru yang bertugas
Barisan pelajar yang turut membantu
Resit bayaran pendaftaran
SMKASL vs. SMKSB
Aksi pemain SMKSB
Aksi pemain SMKASL
Jaringan gol SMKASL
Bola perlawanan
Pengadil memaklumkan keputusan perlawanan kepada urusetia
* Keputusan rasmi perlawanan bola sepak SMKASL vs. SMKSB 3-2. Tahniah kepada pasukan SMKASL.

 

2 comments:

  1. best nye..
    sangat rindu alam persekolahan.
    :D

    ReplyDelete
  2. @saya_arief memang best..jadi cikgu sampai pencenlah pergi ke sekolah :)

    ReplyDelete