Pendaftaran SPM dan SPMU 2011 dibuka 1 hingga 31 Mac 2011

Bagi pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bagi mereka yang ingin menduduki semula SPM Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU), pendaftaran bagi kedua-dua peperiksaan tersebut telahpun dibuka bermula pada 1 hingga 31 Mac 2011. 

Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.


Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di www.moe.gov.my/lpm atau merujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

* Bila agaknya keputusan SPM 2010 akan  diumumkan? Mungkin pada 23/3/2011 :)
Pendaftaran SPM dan SPMU 2011 dibuka 1 hingga 31 Mac 2011 Pendaftaran SPM dan  SPMU 2011 dibuka 1 hingga 31 Mac 2011 Reviewed by cik laili on Friday, March 04, 2011 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.