26 March 2011

Kek Untuk Cikgu Sempena Keputusan SPM 2010

Semua orang dah sedia maklum bahawa keputusan SPM 2010 telahpun diumumkan pada hari Rabu (23 Mac 2011) yang lepas. Alhamdulillah, keputusan tahun ni meningkat dan lebih baik berbanding keputusan tahun lepas. Untuk subjek yang saya ajar (Sejarah), telah mencatatkan keputusan yang baik  dengan 11 orang telah mendapat A (3 orang A dan  8 orang A-). Tahniah untuk anak-anak murid kesayangan saya.

Hari Jumaat, seorang murid dari kelas saya (Nur  Masyitah binti  Mohamad Rosli) telah memberikan kek sebagai tanda terima kasih beliau kepada guru-guru yang telah mendidik dan mengajar beliau sejak dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Beliau adalah salah seorang yang mendapat keputusan cemerlang dan mendapat A- dalam subjek Sejarah. Tahniah Masyitah :)

Kek yang diberikan itu telah dibuat sendiri oleh ibunya, Puan Ros. Jika Puan Ros membaca entri ini, saya ingin ucapkan : "terima kasih di atas pemberian kek  dan semua guru memuji kek tersebut sangat sedap dan cantik.."





Antara guru yang sama-sama memotong kek

5 comments:

  1. Salam.. Tahniah buat Kak Laili dan pelajar2 akak di atas kejayaan dalam SPM 2010. Bertuah dapat anak murid yg pandai mengambil hati gurunya.. Mesti cikgu merasa sangat terharu..

    ReplyDelete
  2. @nba-Nur Wassalam Nur. terima kasih atas ucapan tu.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum...cikgu Laili,

    terimakasih atas bimbingan dan didikkan cikgu kepada masyitah...

    Masyitah taknak ambil result hari Rabu sbb takut tak dapat A, malu dgn kawan2. Dia minta ambil hari khamis... dengan cikgu2 tak malu katanya. At last abahnya ada hal sekolah itu yang datang hari Jumaat. Dapatlah akak buatkan buah tangan.

    Terimakasih Cikgu....

    p/s: akak nak copy gambar kek tu,
    terimakasih.

    ReplyDelete
  4. @Puan Ros sama-sama. alhamdulillah, Masyitah antara pelajar yang dapat keputusan cemerlang. lebih2 lagi dalam subjek saya..syukur, alhamdulillah.

    hari Rabu tu dia minta saya sms keputusan. alang2 keputusan ada di tgn saya, saya terus ambl gambar & mms pada Masyitah.

    * nanti saya upload lagi gambar2 kek dalam facebook. boleh je nak copy :)

    ReplyDelete