25 February 2011

,

PTPTN Lanjut Tempoh Bayaran Balik

Entri ni sekadar berkongsi berita tentang PTPTN yang dipetik dari Berita Harian Online bertarikh 25 Februari 2011 :


TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan kepada mereka yang belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN sebelum ini memberikan tempoh enam bulan kepada mereka yang terlibat untuk membayar balik pinjaman itu. "Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 24 bulan, dan kini kita telah lanjutkan kepada 30 bulan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata kadar faedah yang sebelum ini sebanyak lima peratus juga telah diturunkan kepada satu peratus.

"Mereka yang belum mendapat pekerjaan perlu menulis surat atau berhubung terus dengan pegawai PTPTN untuk memberitahu masalah yang mereka hadapi untuk dipertimbangkan. "Kita bersedia berbincang dan bertimbang rasa," katanya. Beliau berkata sehingga kini seramai 1.67 juta pelajar menerima pinjaman PTPTN. - BERNAMA

* Berapa ramai yang sudah hantar Perjanjian Ujrah kepada PTPTN?

2 comments:

  1. dah apply UJRAH tapi takde positive feedback pun lagi..hmmm

    ReplyDelete
  2. cuba check spam e-mail. mungkin termasuk dalam tu..

    ReplyDelete