01 February 2011

E-mail Dari Najib Razak & Keluarga

Awal-awal pagi lagi saya sudah check e-mail. Masa check e-mail tadi, agak terkejut juga bila melihat ada e-mail dari seseorang - Najib Razak & Keluarga dengan subjek e-mail : Selamat Tahun Baru Cina dari Najib Razak. Eh! Perdana Menteri hantar e-mail pada saya? Terima kasih PM :) 

Petikan e-mail dari PM

Baca petikan penuh e-mail tersebut :

Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga

Tiba-tiba terfikir pulak macammana PM boleh tahu e-mail saya. Hmm..akhirnya saya dapat jawapan dari blog zestfulOne : My two cents on the #NajibCNY issue and how they got your email. 

* Terkini : saya baru terima SMS dari Celcom pada jam 1 tengahari tadi.


Salam 1Malaysia. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada kaum Cina. Ikhlas dari Najib Razak & keluarga. najib@1malaysia.com

2 comments:

  1. K.E ini sumbernya
    http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150092440587590&id=15503777

    ReplyDelete