03 January 2011

Kawan-kawan LawGrad 2002

Entri ini sekadar mengimbau kenangan saya semasa melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Undang-Undang (tahun 1998 - 2002). Di bawah ini adalah gambar saya bersama kawan-kawan semasa sesi fotografi LawGrad 2002.

Cuba cari di mana saya?
Alhamdulillah, dengan adanya facebook kami masih lagi berhubung sehingga ke hari ini. Cuma seorang dari kami (Ija)  yang masih belum dijejak kasih. Kawan-kawan saya masih ramai yang menjadi peguam dan ada juga yang mengikut jejak langkah saya (menjadi guru).

Pada bulan Disember 2009,  kami telah mengadakan mini reUnion dan berjumpa di Kedai Kopi, Shah Alam (sila baca entry saya dan Disember). Seramai 7 orang kawan yang dapat hadir pada hari tersebut. Hmm..entah bilalah dapat berjumpa lagi.

0 Comment:

Post a Comment