16 December 2010

Warna-Warni di i-City, Shah Alam

Entri ni adalah sambungan entry Mandi Manda di Wet World, Shah Alam. Selesai bermandi manda, kami semua pergi ke sebuah masjid yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam untuk solat Maghrib dan Isyak. Selepas itu kami singgah ke  sebuah kedai makan untuk makan malam sebelum bertolak ke i-City. Malam itu memang ramai pengunjung yang datang. Bayaran RM10.00 dikenakan bagi sebuah kereta dan tempat letak kereta juga disediakan tidak berapa jauh dari pintu masuk i-City. 

Di bawah ini saya kongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil oleh suami semasa lawatan kami ke sana.  Saya sendiri sangat teruja melihat lampu yang berwarna warni dengan pelbagai reka bentuk yang dihasilkan seperti haiwan & pokok  :)

Adam & Amir pegang pokok kaktus
Zirafah
Pokok besar yang bercahaya


0 Comment:

Post a Comment