Potong rambut di kedai

Gambar di bawah ini diambil bulan lepas semasa kami membawa Amir ke kedai gunting rambut. Ini kali pertama kami bawa Amir ke kedai ini kerana kedai yang biasa kami pergi tutup pada hari tersebut.


Tengoklah aksi Amir waktu rambutnya dipotong. Kena ikut saja arahan tukang gunting rambut tu. Bila dia suruh tunduk, Amir pun tunduk. Hmm..bila lihat gambar ini, saya rasa cepatnya masa berlalu. Anak saya dah semakin besar nampaknya. Tahun depan dah masuk umur 5 tahun.

Tahun depan merupakan tahun ke-2 Amir melangkah ke sekolah. Tahun lepas Amir sempat bersekolah selama 2 bulan sahaja. Itupun setelah cikgu memberi keizinan untuk bersekolah pada akhir tahun. Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan belajar, banyak perkara baru yang Amir pelajari. Malah, keputusan peperiksaan akhir tahun Amir juga amat membanggakan ibu dan ayah.

Post a Comment

0 Comments