30 December 2010

Peraduan Teka Kek Secret Recipe Sehingga 31 Disember 2010

Disebabkan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa hari Jumaat (esok) sebagai cuti umum, maka saya juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Peraduan Teka Kek Secret Recipe akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2010 jam 23:59. Keputusan rasmi akan saya umumkan dalam entry tahun baru, 1 Januari 2011.

Setakat ini lebih daripada 30 orang telah turut serta dalam peraduan ini. Daripada jawapan yang diterima, sudah ada yang dapat menjawab dengan tepat. Tahniah..siapakah dia? Tunggu sehingga tahun baru nanti ye.

Apa yang anda tunggu lagi, jomlah sama-sama sertai peraduan ini. Hadiah misteri akan diberikan kepada 10 orang pemenang yang menjawab dengan tepat. Sila click link di bawah :