Pengalaman Mengemaskini Maklumat Pembiayaan Ujrah PTPTN

Tarikh 1 Disember 2010 memang saya nantikan untuk mengemaskini maklumat PTPTN saya (tahun kelulusan pinjaman tahun 1998). Saya yakin peminjam bagi tahun kelulusan pinjaman bermula dari tahun 2003 hingga 2008 sudahpun mengemaskini maklumat mereka. Sila rujuk jadual di bawah :


Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya  semasa mengemaskini maklumat bagi Pembiayaan Ujrah 1% :

1. Pergi ke link kemaskini maklumat dan masukkan No. K/P dan emel (pastikan emel yang aktif) dan click Teruskan


* Jangan lupa baca dulu maklumat penting yang ada di sudut sebelah kiri :


2. Setelah selesai pendaftaran tersebut, saya diminta untuk menyemak emel untuk tindakan selanjutnya.


3. Kemudian, saya terima emel dari PTPTN dan diminta untuk click ke link lain bagi membuat pengemaskinian.




4. Saya perlu mengisi butiran yang disediakan seperti gambar di bawah :



5. Inilah yang akan diterima selepas proses kemaskini dijalankan.



6. Tindakan selanjutnya dari PTPTN iaitu : 
PTPTN akan mengeluarkan dokumen tawaran akan pada 10hb setiap bulan. Bagi peminjam yang telah mendaftar dan mengemaskini pada bulan semasa, dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb bulan yang berikutnya. 

** Tip & panduan : Jika anda tidak menerima emel balasan dari PTPTN, sila semak bulk/spam e-mail anda. Pengalaman saya sendiri, emel tersebut termasuk di dalam bulk/spam emel.

Post a Comment

10 Comments

  1. harap2 cepatlah dapat e-mail dari PTPTN tu

    ReplyDelete
  2. tindakan drp ptptn tu melalui emel jg ker?kena tunggu brp lame yeh?

    ReplyDelete
  3. saya tak pasti melalui emel atau surat. kalau lihat pada entry soal jawab PTPTN, PTPTN akan keluarkan surat tawaran pada 10hb setiap bulan.

    ReplyDelete
  4. nak tanya..kalau kita tukar pd ijrah..maknanya bayaran adalah melalui potongan gaji sahaja ke? ataupun boleh bayar sendiri melalui bangking online?
    kalau boleh saya xnak jejaskan slip gaji..

    ReplyDelete
  5. saya tak pasti sama ada bayaran balik perlu dibayar melalui potongan gaji atau tidak. seperti amalan sebelum ini, peminjam diberi pilihan untuk membayar secara potongan gaji atau bayaran melalui bank.

    * sila panjangkan soalan anda dalam forum PTPTN untuk mendapat penjelasan lanjut..

    ReplyDelete
  6. msalahnyer...sy dah buat pendaftaran yg disuruh. tp sampai skrag ptptn x bg aper2 email kt sy..brape lme nk tggu..proses 3% sntiasae berjalan, slagi ptptn xbg feedback ape2.

    ReplyDelete
  7. cuba check bulk e-mail anda. mcm kes saya, mula2 tgk di inbox takde. lepas tu check pula di bulk e-mail, rupanya ada di situ

    ReplyDelete
  8. nak tanya..
    saya dah dpt surat tawaran ujrah. tp bagi bhgn pengesahan bekerja saya ade kekeliruan..saya pekerja kontrak UTM yg akan menyambung phd sepenuh masa bulan 5 ini. so, apakah status sy sepatutnya-bekerja/tidak?

    ReplyDelete
  9. pada pendapat saya lebih baik cik/puan Intan hubungi pihak PTPTN untuk mendapatkan kepastian :)

    ReplyDelete
  10. da tgk da di spam..xde jga..lma suda sy tggu nie..2 bulan da berlalu..nk msuk bulan ketiga nie...lg stu sy nk tnye..yg kne cetak dn di hntar ke pjbt ptptn tu yg mne???bole gtaw x???

    ReplyDelete