06 December 2010

Cek Pertama Dari Nuffnang

Gambar kurang memuaskan - ambil guna hp
Sebelum bergerak keluar dari pintu pagar rumah petang tadi, saya tergerak hati untuk melihat peti surat. Nampaknya cuma ada sepucuk surat yang diterima dan penerimanya adalah saya. Disebabkan saya mahu segera sampai ke destinasi yang dituju, saya biarkan dulu surat itu tapi di dalam hati tertanya-tanya juga apakah isi surat tersebut.

Sampai saja di tempat letak kereta, saya terus membuka surat itu, lantas tersenyum gembira. Alhamdulillah, cek pertama dari Nuffnang sudah selamat sampai ke tangan saya. Ini adalah pendapatan pertama saya dengan Nuffnang yang telah saya cash out pada hujung bulan lepas. Nampaknya makin bertambahlah rezeki saya sempena tahun baru Hijrah ni. Syukur :)

6 comments: