20 December 2010

Kenangan SPM 2010

Hari terakhir mengawas SPM di sebuah sekolah di daerah saya ini, saya tersenyum apabila terpandang sesuatu di salah sebuah meja calon. Tulisan ini ditulis di atas slip peperiksaan yang dilekatkan di atas meja calon tersebut. Dalam keadaan gembira setelah merdeka dari peperiksaan SPM, calon tersebut sempat lagi mengucapkan terima kasih kepada pengawas yang bertugas. Nasib baik juga saya terjumpa nota terima kasih ini. Anda boleh lihat nama cikgu Laily (ejaan nama saya bukan begini) ditulis di situ.

Kenangan SPM 2010, originally uploaded by ciklaili.

Lain pula ceritanya di sekolah saya. Saya telah diberi peluang oleh seorang pelajar untuk menandatangani baju sekolahnya (baju yang tidak dipakai lagi) sebagai tanda kenangan. Lihatlah gaya saya menurunkan tanda tangan di dalam gambar di bawah :


Apa kenangan anda setelah tamat menduduki peperiksaan SPM? 

0 Comment:

Post a Comment