31 December 2010

Entri Terakhir 2010

Tinggal lebih kurang 2 jam lagi (semasa entri ini diterbitkan) tahun 2010 akan berakhir dan tahun 2011 pula akan bermula. Tahun ni terlalu banyak kenangan manis yang dicatatkan di dalam blog ini (walaupun bukan semua). Itulah yang dinamakan kehidupan ;)

Untuk entri terakhir tahun 2010 ini saya secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang pernah singgah ke blog ini melalui :

1. Carian di Google, Yahoo, Bing dll 
2. Facebook
5. Innit
6. Twitter 

Dengan sokongan anda, saya sangat bersemangat untuk terus berblog dan berkongsi pengalaman serta ilmu pengetahuan dengan semua pembaca. Saya tidak bercadang untuk menyambut kedatangan tahun baru ini di mana-mana, hanya menonton TV  bersama suami dan anak di rumah. Bagaimana pula dengan anda?

Akhir kata, saya berharap semoga tahun 2011 akan mencatatkan lebih banyak kenangan manis untuk diri saya dan anda semua.

Gambar semasa percutian akhir tahun 2010

Salam sayang dari saya :

Laili 
31/12/2010

3 comments: