20 December 2010

,

e-Penyata Gaji Memang Sangat Praktikal

Hari ini merupakan hari gaji terakhir bagi tahun 2010. Saya tertanya-tanya adakah bulan ni saya akan mendapat sebarang tunggakan yang masih belum diterima atau tidak. Jika anda pernah membaca entri  e-Penyata Gaji untuk Penjawat Awam, memang terbukti pelaksanaan e-Penyata Gaji ini sangatlah praktikal. 

Dengan hanya beberapa minit saja, saya sudah boleh melihat paparan penyata gaji bulanan terkini tanpa menunggu beberapa hari seperti kelazimannya sebelum ini. Apa yang menariknya, penyata gaji ini boleh disemak sehari sebelum tarikh hari gaji. Contoh : bulan November lepas, saya telah menyemak penyata gaji sehari sebelum tarikh jadual gaji dikeluarkan dan ia memang boleh diakses dengan serta merta.

Bagaimana pengalaman anda menggunakan e-Penyata Gaji? Jika belum mendaftar, anda boleh lihat entri e-Penyata Gaji untuk Penjawat Awam dan saya tunjukkan cara-cara untuk mendaftar.



0 Comment:

Post a Comment