09 December 2012

,

Adakah Anda Pasangan Bermasalah?

Bagi yang telah berumahtangga, sudah semestinya anda mengharapkan pasangan anda memahami diri anda dan menerima anda seadanya. Ada kalanya pasangan boleh menimbulkan tekanan dalam rumahtangga terutama bagi suami atau isteri yang bermasalah. Nak tahu bagaimanakah ciri-ciri yang ada pada diri pasangan yang bermasalah? Jom baca sama-sama :


Suka mendengar cakap orang
Lebih mempercayai kata-kata orang di sekeliling berbanding pasangannya sendiri. Sekiranya apa yang diperkatakan itu adalah baik tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika perkara itu buruk hingga menjejaskan kerukunan rumahtangga anda berdua?

Suka mengongkong dan kuat cemburu
Biasanya pasangan yang bersifat mengongkong mempunyai sikap cemburu yang agak ketara. Sikap cemburu inilah yang menyebabkan mereka berusaha sedaya upaya mengawal pergerakan pasangan. Adakalanya, kewangan pasangan juga dikawal.

Bersikap kasar
Di awal perkahwinan segalanya indah. Namun, apabila usia perkahwinan melalui tempoh beberapa tahun segalanya berubah. Jika bertambah baik tidak mengapa tetapi bagaimana pula sebaliknya? Tentu kecewa, bukan?

Boros dan suka berbelanja
Mungkin disebabkan latar belakang keluarga pasangan itu yang sudah dimewahkan dengan wang ringgit dan harta benda sejak kecil. Sikap ini mungkin terbawa-bawa di alam rumahtangga dan timbul masalah jika pasangan yang dikahwininya tidak berkemampuan seperti yang diharapkan. Namun, ada juga pasangan yang sememangnya sudah biasa boros dan suka menghabiskan wang tanpa memikirkan kemampuan diri.

Suka berpoya-poya
Pasangan seperti ini biasanya lupa akan statusnya apabila berada di luar. Memburukkan lagi keadaan jika si isteri keluar tanpa keizinan suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Degil dan tidak mahu berubah
Sikap seperti ini dianggap semuanya betul serta jarang mahu mendengar pendapat dan pandangan orang lain. Sikap keras hati dan keras kepala hanya akan membuatkan keegoan pasangan anda tercabar.

Bising dan suka berleter
Pasangan akan mudah rasa tertekan dan bosan duduk di rumah. Isteri sering dikaitkan dengan sikap suka berleter ini. Maka tidak hairanlah ada antara suami yang tidak betah duduk di rumah dan sanggup berada berjam-jam di kedai kopi bersama rakan-rakannya.

* Sentiasalah perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang terbaik untuk suami/isteri.

4 comments:

  1. gud info.. semoga kiter semua dijauhkan dr sifat2 tersebut.. amin..

    ReplyDelete
  2. Namun harus diingat, kita memang dicipta tidak sempurna..sebab itu kita melengkapi kekurangan pasangan kita dan vice versa. Berusaha memperbaiki kelemahan diri juga perlu sokongan dari pasangan bukan sekadar menunding jari dan mencari kekurangan pihak yg satu lagi!

    ReplyDelete
  3. kira selamat sebab dah tak de pasangan

    ReplyDelete
  4. moga saya dan pasangan akan menjadi suamiisteri yang lebih baik. mudah-mudahan. terima kasih diatas peringatan diatas.

    ReplyDelete