5 Buffered Earnings dari DiGi iPhone dan Nokia di LB Blog

Alhamdulillah..rezeki datang lagi! Baru sebentar tadi saya check akaun Nuffnang dan agak terkejut juga sebab minggu lepas hanya 3 Buffered Earning yang ada tetapi hari ni dah  bertambah dengan dua BE baru dari Nokia. Sekarang ni jumlah BE yang ada kesemuanya iklan dari DiGi iPhone dan Nokia yang akan bergilir-gilir menari di LeaderBoard (LB) blog ini. Tadaa..!


Saya rasa mana-mana bahagian dalam blog ini, Buffered Earnings sangat suka singgah dan melekat di bahagian LB. Jangan tanya saya kenapa, sebab saya sendiri tidak tahu. Mungkin  kerana header baru blog ini - gambar saya & Amir membawa tuah kot? Bintang untuk LB  pula dah pun penuh - cukup 5 bintang!

* Terima kasih Nuffnang :)

Post a Comment

2 Comments