21 November 2010

Semak Saman Dengan Mudah : RILEK & SMS

Anda pernah singgah ke laman web RILEK? RILEK adalah Rangkaian Interaktif Laman Eletronik Kerajaan yang menawarkan beberapa perkhidmatan bagi kegunaan pengguna. Anda boleh lihat perkhidmatan yang ditawarkan seperti gambar di bawah :


Saya ingin mempenalkan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh RILEK iaitu semakan saman. Caranya cukup mudah. Hanya masukkan no pengenalan diri anda dan menaip kod keselamatan yang disediakan.

Ini adalah contoh semakan saman yang telah dibuat :

Jika anda tidak mempunyai rekod saman, beginilah rupa semakan saman anda. 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan laman web berikut untuk menyemak saman trafik secara online :


Anda juga boleh menyemak saman menggunakan SMS :

1) Taip POLIS SAMAN<space> NO KAD PENGENALAN hantar kepada 15888

contoh :  POLIS SAMAN 790325105000 hantar kepada 15888

2) Taip POLIS SAMAN<space>no pendaftaran kenderaan hantar kepada 15888

contoh: POLIS SAMAN ABC1234 hantar kepada 15888

* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.


2 comments:

  1. boleh bayar sekali tak?

    http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. amar : rasanya belum oleh bayar menggunakan RILEK. hanya perkhidmatan semakan saman saje setakat ini. coming soon..

    ReplyDelete