01 November 2010

Rombongan Sekolah ke Taiping, Perak

Pagi ini saya bangun awal. Waktu entry ni ditaip, saya hanya menunggu masa untuk pergi ke sekolah. Kami dijadualkan berkumpul di tapak perhimpunan sekolah pada pukul 4.30 pagi. Wah! saya sendiri sangat teruja untuk pergi rombongan. 

Teringat zaman saya sekolah dulu. Rasanya waktu malam tak rasa mengantuk langsung. Sanggup berjaga sampai pagi, takut tertinggal bas. Bila dah jadi cikgu ni, perasaan teruja tetap ada, lebih2 lagi kali ini giliran saya & rakan2 guru yang lain akan mengawasi keselamatan pelajar.

Rombongan kami melibatkan 4 buah bas yang terdiri dari pelajar tingkatan 2 hingga 5 sahaja. Tempat utama yang akan dilawati : Muzium Perak dan Taman Tema Bukit Merah.  Psstt...Kedua2 tempat ini belum pernah saya kunjungi. Pasti seronok, kan?

Muzium Perak
Taman Tema Bukit Merah
** Saya akan ceritakan pengalaman rombongan sekolah kami ke sana dalam entry yang lain. Jom gerak ke sekolah!

4 comments:

  1. Kami sekeluarga ke Bukit Merah dan Taiping pada tahun 2008 dan Jun tahun 2010 kami sekali lagi ke Taiping. Suka sgt tempat ni.

    ReplyDelete
  2. ila-ali : rombongan semalam memang seronok. nnt saya ceritakan dalam entry yg lain yec

    ReplyDelete
  3. salam cik laili....dah terjah pon..nak gitau banner cik laili dah siap .... boleh la promote2 k..heheh.. salam http://ceym.blogspot.com/2010/10/dizaing-tawaran-hebat-lagi.html

    ReplyDelete
  4. Mr Ceym : terima kasih byk2. saya dah buat entry special utk promote Mr Ceym punye banner..

    ReplyDelete