Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2011

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2010 untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tingkatan satu pada tahun 2011 di Semenanjung Malaysia. 


Pada tahun 2011, program MRSM (Agama) Ulul Albab yang akan dilaksanakan di MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM (Agama) ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Mulai tahun 2011, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang. Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan masuk ke MRSM
 
1. Warganegara Malaysia

2. Permohonan terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
i. Bumiputera tahun enam
ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan

3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tahun 2010


Syarat kelayakan masuk ke MRSM (Agama) Ulul Albab

1. Warganegara Malaysia

2. Permohonan terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
i. Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat

3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tahun 2010

4. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama

5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Bharu atau MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online

6. Pemohon ke MRSM (Agama) akan ditemuduga

Syarat kelayakan masuk ke Program Cambridge IGCSE MRSM

1. Warganegara Malaysia 

2. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tahun 2010

3. Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik

4. Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online

5. Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri temuduga yang akan diadakan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang 

6. Surat panggilan temuduga akan dihantar kepada pemohon

7. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

CARA MEMOHON SECARA ONLINE
 
1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2010 diumumkan secara rasmi. (sila baca entry Keputusan UPSR 2010)

2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta salinan Keputusan UPSR 2010 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my

4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2010.

2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2010.


NOTA PENTING

1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
(i) Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
(ii) Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.

4. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi ( SBPI) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon ke MRSM.

5. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

6. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

CAWANGAN HAL EHWAL PELAJAR
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH)
MARA.


* Entri ini saya taip berdasarkan iklan yang disiarkan di surat khabar dan merupakan iklan yang disiarkan di dalam Mingguan Malaysia pada hari Ahad 7 November 2010 di muka surat 15.

Post a Comment

8 Comments

  1. MRSM (Agama) Ulul Albab adalah MRSM Kota Putra (Jertih), MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Bukannya MRSM Kota Baharu. Harap maklum.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas teguran. saya taip berdasarkan iklan yang disiarkan. akan buat pembetulan dlm entry ni.

    ReplyDelete
  3. mcmna nk semak kemasukan ke mrsm utk tingktan 1 2011 ?

    ReplyDelete
  4. semakan kemasukan ke tingkatan 1 MRSM belum diketahui. kalau dah ada nanti saya akan update di blog ini.

    ReplyDelete
  5. i dpt call result dah pun keluar pagi tadi betul ke?

    ReplyDelete
  6. call dari siapa? pihak MRSM ke? mungkin panggilan pertama kemasukan ke MRSM. apa2pun tahniah..

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Anak saya akan ambil UPSR kat Sabah (Kota KInabalu) tapi cadang nak masuk MRSM atau Asrama Penuh Tingkatan-1 pada 2012 nanti..

    camna prosesnya yek? Boleh share apa nak buat..

    makasih

    ReplyDelete
  8. Puteri : perkara penting ialah anak puan perlu mendapatkan keputusan cemerlang iaitu 5A dalam keputusan UPSR kerana itu adalah syarat utama kemasukan ke MRSM & SBP.

    Proses yang puan buat :
    1) sentiasa alert dengan iklan permohonan kemasukan ke MRSM & SBP. setelah iklan keluar, perlulah menghantar permohonan secara online.

    2) ada sesetengah MRSM yang akan mengadakan temuduga terlebih dahulu sebelum pelajar diterima masuk seperti MRSM (Agama) Ulul Albab. untuk SBP tiada sesi temuduga dijalankan

    3) keputusan permohonan akan diumumkan melalui web MARA bagi permohonan ke MRSM manakala bagi permohonan ke SBP puan boleh rujuk website KPM.

    * Harap maklumat yang saya berikan dapat membantu puan.

    ReplyDelete