21 December 2012

Lucu Ya..

Lucu ya..
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, 
tapi begitu kecil bila dibawa ke KLCC

Lucu ya..
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, 
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk mengadap blog, facebook, twitter dll

Lucu ya..
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang

Lucu ya..
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, 
tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan, boyfriend & gilfriend.

Lucu ya..
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, 
tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya..
Susah sangat baca Al Quran 1 juzuk saja, 
tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

Lucu ya..
Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, 
tetapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya..
Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita,
tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah.

Lucu ya..
Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, 
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucu ya..
Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya..
Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, 
tapi bila mengirim yang berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir dua tiga empat lima kali....

RENUNGKANLAH.....Tazkirah hari Jumaat :)


Entri ini pernah diterbitkan di dalam blog ini pada tahun 2010

* Sumber : Diari Islam
 

9 comments:

  1. InsyaAllah...sama2 kita muhasabah diri

    ReplyDelete
  2. Akan cuba untuk tidak jadi golongan yg 'Lucu Ya..'

    ReplyDelete
  3. bila pendekatan hiburan diutamakan, agama diketepikan. Semoga kita termasuk saya tidak termasuk golongan ini.amin

    ReplyDelete
  4. Lucu ya..

    Ramai kenal siapa U.A Idrus...
    Ramai pernah dengar tazkirah U.A Idrus soal aurat wanita,
    Tapi masih ramai suami membiarkan anak isterinya tidak menutup aurat dengan sempurna...

    ReplyDelete
  5. Lucu ya..
    Sikap manusia memang begitu.
    Dunia akhirat dah x seimbang..

    ReplyDelete