06 October 2010

Soal Jawab Pembiayaan Ujrah 1% PTPTN

Hari ni saya nak kongsi maklumat tentang pembiayaan Ujrah PTPTN lagi. Mungkin ada yang terlepas pandang Metro Ahad bertarikh 3 Oktober 2010 (rujuk gambar di bawah) di muka surat 30 : Pelaksanaan Pertukaran Pinjaman Kepada Pembiayaan "Ujrah" PTPTN. Diharap perkongsian maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu peminjam PTPTN yang lain. Jom baca!
 
Muka depan Metro Ahad 3 Oktober 2010




Metro Ahad 3 Oktober 2010 - m/s 30
Dimaklumkan bahawa PTPTN sedang melaksanakan penukaran pinjaman berasaskan kaedah sedia ada kepada pembiayaan berasaskan "Ujrah" pada kadar rata 1% setahun. Mereka yang diluluskan pinjaman pendidikan sebelum 22 Disember 2008 adalah diminta mengambil tindakan yang sewajarnya berpandukan kepada soalan-soalan lazim (FAQ) di bawah ini :

A. Permohonan/Tawaran

1. Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?

Jawapan : Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3% atau 5%) kepada pembiayaan Ujrah 1% layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN pada 1 Jun 2008 KECUALI bagi kes-kes berikut :

  • Telah dikenakan tindakan saman
  • Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu - (batal pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain)
  • Telah tamat tempoh/jadual bayaran balik pinjaman asal sebelum 1 Jun 2008
2. Saya masih belajar dan masih menerima pinjaman PTPTN. Bilakah saya boleh menerima tawaran Ujrah?

Jawapan : Anda akan ditawarkan Ujrah sebaik sahaja tamat pengajian.

3. Saya mempunyai baki wang pendahuluan pinjaman (WPP) sahaja. Adakah saya layak untuk memohon?

Jawapan : Anda tidak layak untuk ditawarkan Ujrah.

4. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat tawaran Ujrah?

Jawapan : Peminjam perlu mengambil langkah-langkah berikut :

i. Membuat pendaftaran melalui laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my) dengan menggunakan no kad pengenalan dan memasukkan alamat e-mel peminjam.
ii. Mengemaskini maklumat yang diperlukan melalui link yang dihantar ke alamat e-mel peminjam yang didaftarkan.
iii. Mencetak dan menandatangani dokumen tawaran yang dihantar ke alamat peminjam.
iv. Menghantar dokumen tawaran yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tawaran (sila rujuk panduan pengisian).

5. Bilakah peminjam boleh mula membuat pendaftaran dan pengemaskinian maklumat?

Jawapan : Pendaftaran dan pengemaskinian boleh dibuat oleh peminjam mengikut tahun kelulusan pinjaman seperti jadual berikut :

  
 6. Bilakah PTPTN akan mengeluarkan dokumen tawaran Ujrah?

Jawapan : Dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb setiap bulan. Bagi peminjam yang telah mendaftar dan mengemaskini pada bulan semasa, dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb bulan yang berikutnya.

7. Apakah asas penawaran Ujrah?

Jawapan : Asas yang digunakan adalah seperti berikut :
  • Jumlah pembiayaan : Berdasarkan jumlah baki hutang pada 1 Jun 2008
  • Tarikh kuatkuasa : 1 Jun 2008
  • Tempoh bayaran balik baru : Baki tempoh bayaran balik pada 1 Jun 2008  berdasarkan pinjaman asal  
8. Apakah yang dimaksudkan dengan baki hutang pada 1 Jun 2008?

Jawapan : Baki hutang pada 1 Jun 2008 bermaksud jumlah prinsipal dan kos pentadbiran yang masih belum dijelaskan, mengambil kira semua bayaran balik yang telah dibuat sebelum 1 Jun 2008.

9. Bagaimanakah kiraan Ujrah untuk pertukaran ini?

Jawapan : Jumlah Ujrah = [Kadar Ujrah (1%) / 12] x Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan x tempoh bayaran balik (bulan)

10. Saya telah cuba mendaftar mengikut jadual yang telah ditetapkan tetapi telah diminta mengemaskini maklumat selepas 1 Januari 2011.

Jawapan : Semakan terperinci perlu dibuat ke atas akaun pinjaman sedia ada anda bagi mengelakkan kesilapan tawaran. Walau bagaimanapun, tawaran yang akan diberikan masih berkuatkuasa pada 1 Jun 2008.

B. Bayaran Balik/Penguatkuasaan     
   
1. Saya telah diluluskan penangguhan bayaran balik, adakah saya layak menerima tawaran Ujrah?

Jawapan : Peminjam yang telah diluluskan penangguhan layak menerima tawaran Ujrah.

2. Setelah Ujrah ditawarkan, saya masih tidak mampu membuat pembayaran balik. Adakah saya boleh membuat penangguhan sekali lagi?

Jawapan : Peminjam boleh mengemukakan permohonan penangguhan. Walau bagaimanapun, keputusan permohonan penangguhan tertakluk kepada budi bicara PTPTN.

3. Saya telah menerima notis peringatan terakhir dan/atau notis tuntutan tetapi saya masih belum dikenakan tindakan saman. Adakah saya layak untuk memohon dan menerima tawaran ini?

Jawapan : Peminjam layak menerima tawaran Ujrah ini selepas menjelaskan tunggakan dan sebarang kos penguatkuasaan yang telah dikenakan kepada peminjam. Bagi membolehkan tawaran dibuat, peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat.

4. Perlukah saya meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah ini?

Jawapan : Peminjam adalah dikehendaki untuk terus membuat pembayaran balik. Sebarang pembayaran balik akan diselaraskan ke akaun pembiayaan Ujrah.

5. Saya telahpun mula membuat bayaran balik secara potongan gaji melalui LHDN. Apa yang akan berlaku kepada potongan gaji saya?

Jawapan : PTPTN akan membuat pindaan amaun potongan gaji dengan pihak LHDN. Maklumat berkenaan akan juga diberikan salinan kepada majikan dan juga peminjam.

C. Lejar/Penyata
    
1. Bilakah akaun pinjaman peminjam dikemaskini?

Jawapan : Akaun pinjaman peminjam akan dikemaskini selepas dokumen tawaran diterima dan diproses oleh PTPTN.
 
2. Apa yang berlaku apabila pengemaskinian dibuat?

Jawapan : Akaun pinjaman yang lama akan diselaraskan ke akaun pembiayaan.

3. Apa yang berlaku kepada bayaran balik yang dibuat selepas 1 Jun 2008?

Jawapan : Bayaran balik yang telah diterima selepas 1 Jun 2008 akan diselaraskan dengan jadual bayaran balik pembiayaan, dengan mengambil kira jumlah Ujrah (upah) sepatutnya dan kos pentadbiran yang telah dikenakan bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga tarikh semasa. Sebarang lebihan akan digunakan untuk menyelesaikan ansuran bulanan ke hadapan.



** Untuk keterangan lanjut sila hubungi : HOTLINE 03-20804455 atau layari www.ptptn.gov.my 

6 comments:

  1. saya telh mndaftar lama bg pemohonan ujrah ini iaitu pada 28 disember..namun tidak dapat mencetak surat trbabit setelah mndftar..kini bagaimana saya hendak membuka blik borg trsebut dan mencetak nye untuk dihantar kepada pihak ptptn..sudh beberpa kali sy mncuba mmbuka kmbali namun gagal..tlg bntu sy..kerana setelah mndftr msuk sistem myatakn bhwa sy telah berdftr..tp tidak mnerima sbrg respond drpd ptptn dlm email sy..tlg lah sy..

    ReplyDelete
  2. cuba hubungi PTPTN atau ajukan soalan di dalam forum PTPTN. biasanya di dalam forum, pihak admin akan menjawab setiap soalan yg diberikan. sebelum tu anda perlu mendaftar sebelum menghantar sebarang post. harap maklum..

    ReplyDelete
  3. salam cik laili.nak tanya kalau mas apply ptptn 2009.now still dapat.abiz study 2013.so mas leh apply tak 1% ni?

    ReplyDelete
  4. maya : w'salam. anda layak untuk menerima pembiayaan ujrah 1 % setelah tamat belajar nnt. sila rujuk soalan no. 2.

    2. Saya masih belajar dan masih menerima pinjaman PTPTN. Bilakah saya boleh menerima tawaran Ujrah?

    Jawapan : Anda akan ditawarkan Ujrah sebaik sahaja tamat pengajian.

    ReplyDelete
  5. oohh maknanya tak yah cibuk2 nak apply la kan.he2.thanks kak laili

    ReplyDelete
  6. maya : nampaknya mcm tu lah. mungkin kalau kena apply pun selepas tamat belajar nnt :)

    ReplyDelete