25 October 2010

Sejarah Subjek Wajib Lulus SPM 2013

Tatkala entri ni ditaip, saya terasa senyuman saya sudah hampir sampai ke telinga. Apa maknanya tu? Sudah tentulah saya tersenyum gembira. Adakah sebab saya terlepas dari syarat tersebut atau sebab lain? Saya akan ceritakan satu persatu. Sabar...teruskan membaca ye :)
 
Dalam perhimpunan UMNO yang diadakan baru-baru ni, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah  mengumumkan bahawa mulai tahun 2013  semua calon SPM  wajib lulus subjek Sejarah sebagaimana subjek Bahasa Melayu. Ini bermakna  untuk layak mendapatkan sijil SPM, calon mestilah lulus kedua-dua subjek iaitu bahasa Melayu dan Sejarah.
 
Pengumuman TPM ini sangatlah bersesuaian pada masa ini kerana kebanyakan pelajar menganggap subjek ini sebagai subjek yang membosankan (mempelajari sesuatu yang telah berlaku) & berikutan itu pelajar gagal memahami sejarah negara sendiri.

Sedikit dari petikan berita yang diambil : Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kementeriannya akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan Perlembagaan negara."Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini," katanya.

 ** Apa yang membuatkan saya tersenyum? Kerana saya merupakan salah seorang dari ribuan guru yang mengajar subjek Sejarah (SPM) di seluruh Malaysia dan sudah tentulah saya rasa gembira jika subjek Sejarah dijadikan sebagai subjek wajib lulus SPM. 

1 comment:

  1. dh ok cadagan tu..Pendidikan Islam juga adalah wajib bagi UPSR perlu dilaksanakan...Kalu sejarah dapat dicadangkan pada 2014 utk UPSR..knp Pendidkan Islam x ekkk utk UPSR bg beragama islam..

    ReplyDelete