30 October 2010

Bas rombongan terbalik di Genting Sempah, 7 orang maut

Awal bulan Oktober hari tu kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri di Simpang Empat, Melaka yang berlaku pada tarikh keramat 10.10.10, hari ini pula tersiar berita kemalangan bas rombongan dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, Kedah terbabas sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak. Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas yang membawa 44 orang termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur. 


Ketua Polis Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan akibat kerosakan brek sebaik bas menuruni susur keluar ke lebuh raya.
Sebaik tiba berhampiran terowong itu, bas berkenaan tiba-tiba gagal dikawal lalu melanggar penghadang tengah jalan sebelum terbaring merintangi jalan. Berikut adalah nama mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut : 

1. Muhammad Yussof Akhit, 16
2. Muhammad Khairi Muhammad Marzuki, 14
3. Muhammad Firdaus Rosedi, 16
4. Mohd Ridzuan Husin, 17
5. Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17
6. Muhamad Amirul Mohamad Isa, 13
7. Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28

Sumber : MyMetro

3 comments:

  1. isu kemalangan ngeri bas sepatutnya diambil tindakan tegas oleh pihak JPJ supaya tidak berulang!

    ReplyDelete
  2. teratai : betul tu. rasa seram pula nak naik bas..

    ReplyDelete