479,675 calon duduki PMR 5 Oktober 2010

Mesti anda semua telah maklum bahawa minggu hadapan akan berlangsungnya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dijadualkan bermula pada 5 Oktober 2010 yang melibatkan seramai 479,675 calon.

 
Daripada jumlah itu, seramai 446,896 adalah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera, 11,370 calon Sekolah Agama Tadbiran Negeri, 14,756 calon Sekolah Swasta, 334 Persendirian Perseorangan dan 1,250 calon dari Sekolah Agama Rakyat. Seramai 34,022 orang petugas di 3,499 pusat peperiksaan disediakan bagi menampung keperluan menguruskan perjalanan peperiksaan buat calon-calon itu. 

Untuk mendapatkan jadual waktu peperiksaan PMR 2010, anda boleh click link ini .

** Selamat menduduki PMR untuk 123 orang calon dari sekolah saya. Anda pasti boleh dapat 9A :)

Post a Comment

0 Comments