20 September 2010

Kembali ke sekolah

Hari ni saya bangun tidur dengan semangat untuk kembali bertugas mendidik anak2 bangsa. Selalunya saya akan bawa laptop ke sekolah (bukan untuk berFB) tapi mulai minggu ni saya takkan bawa 'beg tangan' kedua saya ni - nak meringankan beban.

Tiap2 pagi kena bawa beg Amir (untuk ke hantar ke rumah pengasuh), beg laptop & beg tangan yang hampir buruk tu berjasa tu. Tengoklah..dapat gaji nanti kena ganti yang baru. Terbayang budak2 sekolah yang mengusung beg sekolah yang berat dengan buku2 teks & buku latihan, kesiannya mereka. Takpelah..demi mendapatkan ilmu, apa saja sanggup dilakukan.

Oklah, saya nak bersiap2 ke sekolah ni. Untuk kawan2 guru yang baru memulakan sesi persekolahan baru hari ini, selamat kembali ke sekolah. Saya rindu dengan kawan2 guru yang lain & anak2 murid. Tak sabar nak jumpa mereka hari ni :)

0 Comment:

Post a Comment