08 September 2010

Rumah terbuka Perdana Menteri hari raya pertama

Bila sebut tentang raya, tak sah rasanya kalau takde rumah terbuka. Masa inilah tetamu akan datang berduyun2 ke rumah terbuka. Masa ini jugalah dapat bertemu sahabat handai yang jarang2 sekali dapat bertemu.

Datuk Seri Najib Tun Razak

Macam tahun2 sebelum ni,  tradisi rumah terbuka aidil fitri masih diteruskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  bersama jemaah menteri yang lain pada hari raya pertama bertempat di kediaman rasmi PM di Seri Perdana bermula 11.30 pagi hingga 5.00 petang.

Bagi mereka yang bercadang untuk datang ke rumah terbuka tersebut dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma bagi melicinkan perjalanan trafik. Sebanyak 16 bas disediakan dari 10.30 pagi hingga 6 petang di empat lokasi, iaitu berdepan Sekolah Menengah Alam Shah, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Putrajaya Sentral.

Sekiranya hari raya jatuh pada Jumaat, Perdana Menteri bersama menteri Kabinet beragama Islam akan meninggalkan majlis pada 1 hingga 2 petang untuk solat Jumaat. Perkhidmatan bas juga akan disediakan bagi umat Islam lain yang hadir di rumah terbuka berkenaan untuk menunaikan solat Jumaat. 

** Sumber : Berita Harian

0 Comment:

Post a Comment