23 September 2010

Pertukaran Pinjaman Kepada Pembiayaan Ujrah 1% PTPTN


Awal minggu ini ramai juga yang terkejut bila dengar berita tentang pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji terutama peminjam PTPTN termasuk saya yang masih membayar pinjaman PTPTN. Pada saya tindakan PTPTN itu wajar dan lebih memudahkan proses pembayaran. Bagi peminjam yang membayar balik pinjaman secara konsisten, tentu tiada masalah kerana pembayaran mengikut jumlah yang ditetapkan. 

Hari ni saya buka laman web PTPTN untuk dapatkan maklumat terkini. Anda boleh terus click link di bawah untuk terus ke anjung PTPTN :




Di laman web tersebut ada satu pengumuman penting yang dibuat oleh pihak PTPTN tentang proses pertukaran pinjaman (3%) kepada pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat. Tapi..apakah yang dimaksudkan dengan pembiayaan ujrah? Pembiayaan ujrah adalah berkonsepkan syariah atau dikenali sebagai upah. 

Sila baca Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2008 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pembiayaan ujrah ini. Anda boleh rujuk jadual kemaskini maklumat penawaran ujrah seperti di bawah.


Kalau anda menerima tajaan PTPTN pada tahun 2006, 2007 dan 2008, maka ada satu website yang perlu dikemaskini oleh peminjam bermula pada 20/9/2010. Sila rujuk gambar di bawah :

(click di sini)
Jangan lupa baca dulu maklumat di bahagian sebelah kiri sebelum mengisikan maklumat anda. Untuk melihat carta alir proses pertukaran kepada pembiayaan ujrah, sila lihat gambar berikut :


Oh ya! Jangan lupa semak adakah anda peminjam yang ingkar atau yang tergolong dalam senarai hitam imigresen dan dihalang ke luar negara. 

(click di sini)

13 comments:

  1. salam. kak, mohon share maklumat nie yer. terima kasih. :)

    ReplyDelete
  2. salam, kak.
    sy confuse sikit pasal benda nie.
    kalo saya mula dpt pinjaman pd 2005, maka nye saya kena tunggu 1 Nov 2010 la ye utk kemaskini maklumatdi website yg disediakan..??
    betul tak...?

    ReplyDelete
  3. ima : ok, silakan..

    Anonymous : rujuk entry ni - http://ciklaili.blogspot.com/2010/10/soal-jawab-pembiayaan-ujrah-ptptn.html

    ReplyDelete
  4. PTPTN macam CETI.. masa saya belajar dulu tak dapat pointer bagus terus SEKAT duit.. saya nak belajar pun terganggu sebab dah takde sumber kewangan yang kukuh..

    Menyusahkan jer, tapi time mintak balik sumer nak CEPAT..

    GERAM betul..

    ReplyDelete
  5. fanCy : biasalah tu. mana2 penaja akan sekat pinjaman bila pointer tak bagus.

    ReplyDelete
  6. cuma sy terkilan knp peminjam yg lame dibuat tawaran paling lambt berbanding peminjam yg baru. sebab peminjam yg lame lah yg paling lame di caj 3% berbanding peminjam baru. kesian kami yg dah bayr lebih...mane keadilan??

    ReplyDelete
  7. apa itu baki WPP, maksud WPP ni

    ReplyDelete
  8. WANG PENDAHULUAN PEMBIAYAAN (WPP)

    http://www.ptptn.gov.my/web/guest/semakan/wpp

    ReplyDelete
  9. sy baru sedar ptptn mengenakan cas setiap bulan RM40.41 (tertera dlm penyata)daripada jumlah pinjaman RM16,235.16..bygkan setiap bulan kena as RM40.41..dah tu kena byr installment dalam RM100.00 tiap2 bulan....bila nak hbis??????

    ReplyDelete
  10. rasanya itu jumlah semasa PTPTN mengenakan caj 3%, kan?

    ReplyDelete
  11. kak...macam mane ek nak apply yg utk ujrah 2?
    sy confuse la...sy da try bt then xde ape2 feedback kat email sy...
    so, mcm mane sy nak bt ek?
    tenQ... :)

    ReplyDelete
  12. misz_aYu : sila baca entri Pengalaman saya mengemaskini maklumat PTPTN bagi Pembiayaan Ujrah 1%.

    * sila check spam/bulk e-mail anda. mungkin email balasan dari PTPTN masuk dalam tu.

    ReplyDelete
  13. salam...kak..mcm mne nk tkarkn pemohonan 3% ney ker 1%..??sy bru dpat thu hal ney ary ney...dh ttup ker tok pemohonan ney??

    ReplyDelete