25 August 2010

Potongan Gaji RM1 Sebulan Bantu Fakir Miskin

Salam semua. Saya baru terbaca berita hari ni yang melibatkan kakitangan awam termasuk saya. Ini baru berita, tak tahulah bila akan dikuatkuasakan. Jom baca berita - potongan gaji RM1 sebulan bantu fakir miskin.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 peratus daripada 1.2 juta kakitangan awam beragama Islam bersetuju melakukan pemotongan gaji minimum RM1 setiap bulan selama setahun untuk disalurkan kepada dana kebajikan bagi membantu golongan fakir miskin di negara ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata kesediaan kakitangan terbabit bakal mengumpulkan dana RM10 juta setahun sekali gus membantu golongan miskin daripada lingkaran kemiskinan. Budaya bersedekah perlu diterapkan dalam masyarakat Malaysia terutama orang Islam dan diharap dana itu mampu digunakan bagi merencana program serta membantu golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan.

0 Comment:

Post a Comment