30 August 2010

Kejohanan Badminton Dunia : skuad beregu negara tewas

Malam ini merupakan detik bersejarah kerana julung2 kalinya skuad beregu negara, Koo Kin Kiet dan Tan Boon Heong mara ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Dunia menentang pasukan China, Cai Yun dan Fu Haifeng yang diadakan di Paris. 


Mereka telah memadamkan kekecewaan tahun lalu apabila mara ke peringkat akhir berbekal kemenangan 21-14, 21-18 ke atas Guo Zhendong-Xu Chen di separuh akhir, semalam. Ini adalah pertama kali Kien Keat-Boon Heong mara ke final sejak digandingkan pada 2004 dengan persembahan terbaik ialah gangsa pada kejohanan tahun lalu. 

Perlawanan malam ini menyaksikan skuad negara ditewaskan oleh beregu dari China dengan keputusan 21-18, 18-21, 13-21. Walaupun saya & suami bersedih dengan keputusan ini tapi kami tetap bangga melihat aksi yang ditunjukkan oleh mereka. Syabas & tahniah!

2 comments:

  1. Tak sempat pula saya nak tengok "game" ni tadi. :(

    ReplyDelete
  2. oktant : tu la..sedih pula skuad negara kalah :(

    ReplyDelete