14 August 2010

Juadah berbuka puasa : beli atau masak sendiri?

Macammana puasa anda setakat hari ini? Mesti tak sabar2 nak berbuka dengan juadah yang menyelerakan. Hmm..bercerita tentang juadah berberbuka puasa, anda lebih gemar beli atau masak sendiri? 


Masa saya bujang dan kerja di KL dulu, saya lebih gemar membeli sahaja juadah berbuka. Tak sempat nak masak pun hari Isnin - Jumaat. Kenapa malas tak masak? Sebab keluar pejabat dalam pukul 6.00 petang dan kena meredah jem di KL tu sebelum sampai ke rumah di Taman Melati. Selalunya saya dah beli air siap2, pasang radio & bila dengar azan aje terus baca doa buka puasa. Yang bestnya, bila pandang kereta sebelah kiri atau kanan, masing2 pun sama2 berbuka puasa. Macam tu lah pengalaman kehidupan saya sewaktu bujang & bekerja di KL.

Kalau anda tanya saya sekarang dengan soalan yang sama, dah tentulah saya lebih suka memasak dari beli makanan di bazar Ramadan. Sebelum puasa lagi dah kumpul resepi2 yang akan dimasak sepanjang bulan Ramadan ni. Tahun ini masuk tahun ketiga saya tidak jejakkan kaki ke bazar Ramadan di tempat saya. Kali terakhir ke sana pada tahun 2006, waktu mengandungkan Amir memang dikatakan setiap hari saya dan suami pergi untuk beli juadah berbuka. Biasanya cari kuih muih atau bubur.
 
Pada saya, pilihan untuk beli atau memasak sendiri di tangan masing2 dan mengikut keadaan persekitaran. Beli juadah berbuka atau masak sendiri tak salah pun. Apa yang penting, makanan yang kita beli tu halal dan selamat untuk di makan. Betul tak?

** Tak sabar nak berbuka dengan abah, mak & adik beradik yang lain :) 

0 Comment:

Post a Comment