26 August 2010

,

Duit raya RM500 untuk kakitangan awam dan pesara

Mesti kakitangan awam dan pesara tersenyum gembira membaca tajuk entry ni. Ni bukan main2, memang betul kakitangan awam dan pesara akan menerima  'duit raya' RM500 menjelang Syawal nanti. Sila baca berita di bawah ni yang saya ambil dari Berita Harian Online : 



KUALA LUMPUR : Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal. 

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.  

2 comments:

  1. memang senyum + sengih...sampai ke telinga...Dapat duit raya kan...sapa tak happy..
    Walaupun RM500, ok lah tu daripada takda langsung kan...!
    Mari kita senyum sama-sama...

    ReplyDelete
  2. mastura : betul tu. lepas jugalah bajet nak raya ni. senyum..senyum..senyum :)

    ReplyDelete