Diskaun tol sempena Aidilfitri

Ini berita baik untuk semua pengguna jalanraya yang melalui tol setiap hari atau yang kadang2 menggunakannya. 


Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, kerajaan akan mengumumkan pengurangan kadar tol pada 2 September 2010. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor, berkata pihaknya akan mengadakan satu pertemuan dengan syarikat konsesi itu dan yakin potongan harga yang istimewa akan diberikan. 

Shaziman juga mencadangkan kepada syarikat konsesi lebuh raya supaya memberi potongan harga kepada pengguna jalan raya yang mematuhi peraturan ditetapkan sebagai penghargaan dan yakin ia mampu mengurangkan kadar kemalangan.

Mengulas mengenai kadar kemalangan jalan raya di negara ini, beliau berkata sehingga kini kementeriannya sudah membelanjakan sebanyak RM15 juta bagi membaiki jalan raya yang memiliki kawasan ‘Black Spot’. 

** Bersyukurlah anda yang bakal pulang ke kampung halaman sempena hari raya nanti kerana tak perlu bayar kadar tol yang tinggi. Selamat balik kampung ye ;)

Post a Comment

0 Comments