06 August 2010

Buang bayi di Sungai Besar, Sabak Bernam

Salam semua. Pagi tadi agak kecoh juga di sekolah disebabkan berita buang bayi yang berlaku di kawasan kami : Sungai Besar. Memang mengejutkan! Kawasan kejadian memang tidak asing lagi bagi saya kerana dua hari lepas saya singgah ke kedai pakaian berhampiran tempat kejadian untuk membeli baju raya. Entah siapa punya angkara bayi yang tidak berdosa itu ditinggalkan di dalam kotak dalam keadaan bogel. Kesiannya :(

SIASAT...anggota forensik menjalankan siasatan di tempat bayi lelaki ditemui.

SABAK BERNAM: “Saya panik tak tahu nak buat apa-apa. Selepas lihat bayi itu menangis sekuat hati, saya telefon mak cik yang tinggal di Bandar Baru Bangi memaklumkan kejadian dan dia minta saya beli tuala dan susu,” kata seorang remaja hanya mahu dikenali sebagai Iz, 20-an yang menemui seorang bayi lelaki di Jalan Menteri, berhampiran sebuah bank, Sungai Besar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel beralaskan kotak. Tubuh bayi itu ditutup dengan kotak dan hanya menampakkan kepala dipercayai berusia antara sehari sehingga seminggu manakala tali pusatnya masih merah.

Iz mendakwa, dia serba salah dan tidak mampu berbuat apa-apa sebelum memaklumkan kejadian itu kepada mak ciknya dan membawa pulang bayi berkenaan ke Bandar Baru Bangi. Menceritakan lebih lanjut kejadian, Iz mendakwa, ketika kejadian dia bersama rakan wanita baru selesai mengunjungi kedai telefon bimbit sebelum melihat bayi terbabit menangis bersebelahan pintu kiri penumpang Perodua Kancil.

** Sumber : Harian Metro

1 comment:

  1. alahai comelnya baby tu.
    apalah manusia zaman sekarang neh.
    tak kesian ke tengok baby secomel tu dibuang macam tu jer.
    dah macam pampers pulak boleh dibuang merata-rata.
    huhuhuhu.

    ReplyDelete